fbpx

“Jangan Pertikai Gelaran Saya Kalau Tiada Ilmu”

Semalam berita penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Aaron Aziz dan Farid Kamil hangat diperkatakan. Berbanding Aaron, ramai mempertikaikan kelayakan Farid menerima gelaran tersebut apabila diukur soal pencapaian kariernya.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Farid Kamil, Aaron Aziz Dapat Gelaran Datuk

“Siapa netizen yang mengecam itu? Yang menganugerahkan darjah ini adalah atas titah Sultan Pahang. Mereka ini (netizen) tidak mempunyai ilmu dan pembelajaran khusus mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang, lebih baik mereka diam,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun menerusi akaun Instagram Farid, penuh ruangan komen dipenuhi dengan pertanyaan jasa-jasa yang dicapai oleh pelakon itu sehingga melayakkan beliau mendapat gelaran ‘Datuk’. Ada juga seakan memerli, sudah menjangka anugerah yang diterima, daripada negeri Pahang.

Lebih dasyat lagi ada juga memberikan komen pedas dengan mendakwa gelaran ‘Datuk’ zaman sekang mudah dibeli jika mempunyai wang ringgit. Apapun tahniah sekali diucapkan kepada Farid dan Aaron. Semoga gelaran ini menaikkan lagi semangat untuk terus berkarya. (rtky/w)