fbpx

“Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri Je, Pandang Anak Tu” – Kak KM

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura apabila aktres itu memfailkan cerai terhadap suaminya.

Isu hangat itu turut mendapat perhatian usahawan sensasi, Kak KM yang dilihat ada meninggalkan komen pada laporan berita perceraian pasangan tersebut.

BACA: Abby Abadi Menangis Baca Kisah Fattah & Fazura, Nasihat Jangan Cerai

Kak KM berpendapat setiap sebuah perkahwinan pasti ada ujian dan pasang surutnya namun setiap pasangan haruslah banyak bersabar untuk mengharungi ujian tersebut serta tidak memikirkan perasaan sendiri.

“Alhamdulillah, rumah tangga memang kena banyak sabar. Jangan pentingkan perasaan sendiri je. Pandang anak tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kak KM turut menitipkan nasihat kepada orang ramai termasuk pasangan itu untuk meminta maaf antara satu sama lain kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan.

“Kalau salah, semua orang buat salah. Minta maaf dekat pasangan seikhlasnya,” tulisnya.

Terdahulu, Fazura berkata nekad mahu meneruskan perceraian dengan suaminya demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.

Semalam, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

SUMBER: Oh Bulan