fbpx

“Jangan Pandang Rendah Pada Yang Lama Pendam, Mendiamkan Diri”

Umum mengetahui, pelakon sensasi Ruhainies kini berada di Tanah Suci sedang mengerjakan ibadah umrah serta menyambut Aidilfitri disana bersama keluarganya.

Terbaru, perkongsian Ruhainies menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran di Insta Story berserta kapsyen serta gambarnya mengenakan jubah dan niqab serta hitam.

BACA: Ruhainies Sambut Raya Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua

Menerusi entri itu, Ruhainies menulis kata-kata nasihat buat orang ramai agar tidak sesekali memandang rendah terhadap kesunyian seseorang yang lama terpendam.

Terdahulu, pelakon Bella Astillah mendedahkan dia ada bukti perbualan tak senonoh antara suaminya, Aliff Aziz dengan pelakon itu.

Malah, pada Ramadan lalu Bella mendedahkan suaminya sudah lebih lapan kali ke Pavilion Suites dipercayai rumah Ruhainies.