fbpx

“Jangan Nanti Bila Nak Mati Baru Cari Kami”

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial mengenai bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad berhubung pendiriannya yang tidak menghantar anak ke sekolah.

Berikutan itu, akaun media sosial isterinya, Ina Naim pula dihujani dengan komen kritikan dan kecaman netizen.

BACA: “Ramai Perempuan Mesej Kacau, Tapi Suhaimi Kuat Iman”

Menerusi video di Facebook suaminya, Ina menjelaskan dia memadam dan menyekat akaun netizen kerana tidak mahu perkara negatif itu berlarutan. Ujarnya lagi, dia juga tidak mahu menambah lagi dosa netizen di luar sana.

“Ramai yang bertanya saya kenapa saya sekat akaun netizen dan memadam komen mereka. Saya tidak mahu bergaduh kerana komen yang ditinggalkan itu negatif, lebih baik saya memadamnya.

“Saya tak nak tambahkan dosa mereka, cukuplah dosa yang mereka dah ada. Jangan nanti bila mereka dah nazak, dah nak mati baru nak cari kami,” kata Ina.

Sebelum ini, berhubung isu tidak menghantar anak ke sekolah, Ina memberitahu mereka terlebih dahulu sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak.

Terdahulu, suaminya Suhaimi Saad pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.