fbpx

“Jangan Marah Pula Bila Hasil Kerja Kena Ciplak”

Isu barangan ciplak yang dipakai dikalangan selebriti kini memang hangat diperkatakan, sehingga menimbulkan perdebatan. Bagi pengarah, Micheal Ang, selebriti yang menyokong barangan palsu, harap tidak melenting jika hasil kerja mereka pula diciplak.

BACA: Neelofa: Kalau Tak Mampu Saya Takkan Beli

Hal ini mula kecoh apabila wujud satu akaun Instagram, memaparkan sesetengah selebriti yang menggayakan barangan berjenama mewah yang palsu. Benar atau tidak, akaun itu bagaimanapun kini semakin ramai pengikut.

Di ruangan komen pula, peminat saling berbalah apabila mengemukakan pendapat masing-masing. Ada yang menyokong, ada juga yang tidak bersetuju kerana mereka juga mahu merasa barangan berjenama mewah katanya.

Antara selebriti yang mendapat perhatian adalah, Emma Maembong, Janna Nick, Haqiem Rusly dan lain-lain. Sehingga kini pemilik akaun ini masih tidak diketahui, dan didakwa sangat pakar mengenalpasti ketulenan sesebuah jenama.

Ada benarnya juga kata-kata Micheal, jangan pula bila kena batang hidung sendiri nanti melenting macam cacing kepanasan! Apapun ukurlah baju dibadan sendiri, kalau tidak mampu tak payahlah beli. (rtky/w)