Penyanyi Datuk Nora Ariffin menegur tindakan segelintir pihak yang bertepuk tangan dengan berita penceraian pasangan berkahwin.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora turut menasihati orang ramai agar tidak bersuka ria melihat perpisahan pasangan lain kerana kita tidak tahu apa terjadi di masa hadapan.
BACA: “Suami Dipaksa Ceraikan Saya Tanpa Sebab, Diminta Ambil Video” – Nora
“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar.
“Kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita pada kemudian hari,” tulisnya.
Minggu lalu hangat diperkatakan apabila Nora diceraikan talak satu oleh suaminya Dr Rushdi Ramli menerusi satu rakaman video sekaligus mengejutkan ramai.