Tidak habis-habis gosip mengenai dirinya dan juga Shahir AF, Erra Fazira menjelaskan baha kebanyakan perkara yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar malah mereka sendiri sudah lama tidak bertemu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Shahir Harap Yang Terbaik Dalam Hubungan Dengan Erra Fazira
“Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp”
“Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Erra, dia menyifatkan hubungannya bersama Shahir hanyalah sekadar kawan dan dia juga berharap agar cerita tidak benar mengenai mereka diperbesarkan. (rtky/s)