“Jangan Ingat Semua Artis Kaya, Kami Juga Rakyat Malaysia Layak Mohon PPR”
Semalam 25 penggiat seni menerima surat tawaran menyewa unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin menerusi program yang diusahakan oleh FINAS serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program itu bertujuan untuk membantu artis veteran termasuk kru yang kurang berkemampuan, menyewa rumah PPR. Turut ditawarkan rumah tersebut, pelakon Sheila Mambo berkata dia menyewa rumah di Hulu Klang sejak 20 tahun lalu.
Menurutnya, dia tidak pernah bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri memandangkan harga kebanyakan rumah sekarang terlalu tinggi. Ujarnya, sebaik mendapat tahu tawaran FINAS, dia tidak melepaskan peluang mencuba nasib.
Sheila berkata mungkin berkat doa arwah ibunya, impiannya termakbul. Enggan peduli apa yang dikatakan oleh orang ramai, Sheila berkata jangan sangkakan semua artis kaya dan hidup senang.
“Saya tidak peduli apa orang cakap. Jangan ingat semua artis kaya. Kami juga rakyat Malaysia, jadi kami layak memohon PPR. Jangan pertikaikan rezeki yang Allah beri kepada kami,” katanya.
Difahamkan, Sheila menerima surat tawaran menyewa rumah PPR di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.
Turut menerima surat tawaran mendiami rumah di PPR Lembah Subang 2 adalah Delimatati, Badrul Muhayat, Ayati Tasrip, Wan Nor Azlin, Abu Bakar Ahmad, Mahmud Ali Basha, Alina Hassan, Mubarak Majid dan ramai lagi.
- SUMBER
- BH Online
Kena le pertikai rezeki artis sebab bila tengah top, asyik dok tayang kat socmed. Bila miskin menagih bantuan kerajaan
artis muda2 job masuk dah tua x laku tpi byk kekwat bkn semua boleh kawin dgn dato :((
yg pasti…kecantikkan x kekal
Che Ta hokay jer
betul..asal rumah tu kemas dan bersih
Tngk level retis jugak bg yg mmg susah, income cukup jek xde sapa nk pertikai pun. Yg netizen pertikai retis2 yg suka show off lps tu susah sikit dia laa yg paling bising mintak mcm2, mcm laa org lain xde yg lg susah dari dia
Celebriti mana2 negara pun ada bagai2 kelas. So, mcm2 level pendptan. Contoh angelina jolie artis gred A dgn pendptan sgt tinggi. Whitney Houston (meninggal dah) yg pernah di atas pulak, pernah sampai bankrap. So, sama je mcm kat sini. Jenis2 pekerjaan lain pun sama jugak..ada engineer yg level gaji 30k, ada yg level gaji 5k. Haaa..camtu
Berlakon dri muda kot…awat yg xbli umah buat aset..usaha dok myewa smpi 20taun..klu bli umah xla ssah mcm ni…mmg rezeki allah yg bgi tp xpndai nk pkir nk ikhtiar…?
Mahmud Ali Basha tu kan ada Restoran Sarawak yang dekat Hospital Tawaqal tu. Pakai Q7 lagi. Tapi dah rezeki dia. Wallahhuaklam
Assalam.
Syukur golongan insan seni yang layak mendapat rezeki ini.
Terima Kaseh menghiburkan rakyat di dalam mewarnakan industri seni Malaysia :)