fbpx

“Jangan Hentam Keluarga Saya, Itu Silap Saya Sendiri”

Dikecam kerana seakan memungkiri janji untuk tidak bersentuhan dengan wanita sebelum ini, Fikry Ibrahim meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya turut sama terheret menerima kecaman akibat perbuatannya itu.

BACA: Kata Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Fikry Ibrahim Mungkir Janji?

“Agak sedih apabila mereka tidak serang saya. Kadang-kadang, mereka hentam keluarga saya padahal yang silap itu saya. Saya baca meskipun tak balas komen mereka dan tentu sekali sedih jika ibu saya terbaca komen sebegitu”

“Sekalipun saya menyinggung sesiapa dengan perbuatan saya, janganlah sampai kaitkan keluarga saya. Andai saya buat silap, saya minta maaf. Sebenarnya saya cakap akan cuba sebaiknya untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita”

Tampil menjelaskan, Fikry memberitahu kenyataannya yang enggan bersentuhan dengan wanita telah disalah erti. Menurut Fikry, dalam kenyataan itu beliau akan mencuba untuk tidak bersentuhan bukan enggan bersentuhan langsung.

“Saya tahu, lambat laun saya akan tersentuh. Saya tak kata perkara itu bagus cuma apabila kenyataan itu disalah erti, maka ada yang tersalah buat kesimpulan,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai hal itu.

Terdahulu netizen mengecam tindakan Fikry yang mula bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama Kau Yang Pertama, sedangkan pendiriannya sebelum ini tegas mengatakan enggan bersentuhan. (rtky/w)