fbpx

DSV Bahagia Hidup Dengan Anak-Anak Dari Kahwin Biawak Hidup

Hampir empat tahun bercerai, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak-anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi.

Kata Vida lagi, lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terutamanya jika dapat lelaki jenis biawak hidup yang malas bekerja.

BACA: DSV Dedah Cik B Nak Masuk Sekolah Tahfiz

“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini utk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tidur. Betul la kan?Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.

Perkongsian Vida di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pendapatanya itu. Kata netizen lagi, jika sudah memiliki semuanya mengapa perlukan lelaki lagi.

Dalam pada itu, ramai mendoakan semoga Vida bahagia bersama anak-anaknya dan terus berjaya dalam perniagaan.

Terdahulu, perkahwinan ketiga Datuk Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.