fbpx

“Jangan Fikir Terlalu Deep, Itu Cuma Lagu Raya” – Azira Shafinaz

‘Alamak Raya Lagi’ nyanyian kumpulan De Fam tidak menyangka lagu raya mereka menjadi tular sehingga ke luar negara dan kini sudah mencecah 16 juta tontonan di YouTube.

Memetik mStar Online, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Azira Shafinaz berkata lagu tersebut yang sepatutnya dilancarkan tahun lalu mendapat sambutan luar biasa.

BACA: Trend Joget ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram – Mufti

Sementara itu, Azira berkata dia sedar lagu berkenaan mendapat kritikan seglintir netizen namun berharap orang ramai tidak terlalu memandang dari sudut negatif.

“Tipulah kalau nak cakap kita tidak terasa (dengan kritikan), saya rasa masing-masing ada pendapat sendiri. Niat kami keluarkan lagu adalah untuk berseronok. Bagi saya, Alamak Raya Lagi adalah lagu yang seronok untuk hari raya.

“Saya rasa sudah lama tidak dengar lagu catchy macam itu, melekat di minda. Kita faham dengan teguran itu, tapi saya rasa janganlah terlalu ‘deep’ dengan lagu itu. Itu cuma lagu raya,” katanya.

SUMBER: mStar Online