fbpx

Trend Joget ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram – Mufti

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend orang ramai membawa kepada hukum haram jika pelaku mendedahkan auratnya.

Memetik Sinar Harian, beliau berkata lagi trend yang dilakukan untuk kandungan media sosial itu pelru dielakkan kerana dilihat menjatuhkan maruah mencemarkan keharmonian Aidilfitri.

“Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Sabri turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan masyarakat Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa sehingga lupa batas agama.

“Kita kesal dengan masyarakat kita yang suka membuat trending apabila ada sesuatu yang dilihat baharu tanpa berfikir sama ada ia positif atau negatif.

“Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya harmoni kita,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian