fbpx

“Jangan Doakan Saya Kembali Bersama Bekas Isteri”

Selepas disahkan bercerai 30 Mei tahun lalu, ada saja kisah yang tidak sedap didengar mengenai kisah rumah tangga Adam Shahz dan Fateen Afeefa sebelum ini.

Awal Februari lalu, pelakon Adam Shahz mendakwa bekas isterinya curang dan dia dibomoh oleh isterinya itu. Namun, sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.

BACA: Adam Shahz Dakwa Bekas Isteri Curang, Kaki Sihir

Selepas pelbagai isu diperkatakan, Adam Shahz menegaskan bahawa dia tidak akan kembali untuk bersama bekas isterinya dan meminta agar tiada pihak yang mengharapkan untuk mereka kembali bersama. Tambahnya lagi, kehidupannya kini lebih teratur tanpa bekas isteri.

“Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya. Tapi saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut.

“Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri). Malah saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak,” katanya kepada Astro Gempak.

Apabila ditanya mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Adam memberitahu dia tidak keseorangan kerana akan menyambut bersama anak perempuannya.