Terbuka berkongsikan hubungan cintanya dengan pelakon Mimi Lana, bagaimanapun Syafiq Kyle meminta semua pihak menghormati kehidupan peribadinya dan tidak mendesak untuk terus berkongsikan kisah cintanya.
Menurut Syafiq, dia tudak mahu hal peribadinya di campur aduk dengan kerjaya dan enggan berterusan diajukan pertanyaan mengenai kisah hubungannya dengan Mimi.
BACA: Syafiq Kyle Tak Setuju Saham Artis Jatuh Kerana Bercinta
“Apabila saya membuat keputusan membuka satu lapisan kisah peribadi kepada umum dan membuat keputusan gerangan kekasih hati, saya berharap tidak berterusan diajukan pertanyaan sama.
“Saya hormati pihak yang ingin mengetahui kehidupan peribadi saya. Disebabkan itu, saya berkongsi kisah hubungan saya bersama Mimi sebelum ini.
“Namun saya berharap diberikan sedikit ruang kerana seboleh mungkin, tidak mahu hal peribadi dicampuradukkan dengan kerjaya. Saya berharap, permintaan saya ini dihormati semua pihak,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Syafiq berkata dia dan Mimi mempunyai impian mereka masing-masing dalam kerjaya dan urusan cinta adalah hal peribadi mereka.