fbpx

Huawei Watch GT2 Antara Barangan Yang Wajib Anda Miliki Pada Masa Kini!

Selain telefon pintar yang menjadi salah satu barangan keperluan anda hari ini, smartwatch juga boleh dikatakan barangan yang wajib anda miliki sekarang bagi membantu tugasan harian anda.

Tidak hanya semata-mata memiliki bentuk yang elegen dan trendy untuk melengkapkan lagi gaya OOTD anda, smartwatch juga boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi yang paling berkesan. Lagi-lagi dengan Huawei Watch GT2 yang boleh bertindak memeriksa degupan jantung, memantau kualiti tidur, membaca mesej yang dihantar ke telefon, serta mengira pembakaran kalori ketika bersenam.

Nak tahu apa lagi yang menarik mengenai Smartwatch Huawei GT 2? Nah kami belanja anda kelebihan Huawei Watch GT2 yang sebelum ini anda tak tahu!

1. Melengkapkan Penampilan Harian Anda

Bila dah smart bergaya bak orang-orang kaya tidak lengkap sekiranya tangan anda kosong tanpa sebarang aksesori. Jadi tidak salah jika anda jadikan Huawei Watch GT2 ini sebagai aksesori wajib anda.

Dihadirkan dengan 3 edisi pilihan iaitu Sports Edition, Classic Edition dan Elite Edition, yang mempunyai berat 29 gram ini memang sangat sesuai untuk jejaka yang suka bergaya dan lasak.

Lebih menarik lagi, Huawei Watch GT2 mempunyai 2 pilihan saiz iaitu 46mm dan 42mm. HUAWEI GT2 ini direka secara minimalist dan mempunyai rekaan ultra slim beserta paparan melengkung yang dijana dengan skrin 1.39 inci AMOLED.

2. Jangka Hayat Bateri Yang Lama

Seperti jam pintar lain yang memerlukan pengecasan tetapi jangka hanyat baterinya hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Tetapi Huawei Watch GT2 ini lain ceritanya, bateri Huawei Watch GT2 ini mampu bertahan selama 2 minggu walaupun anda menghidupkan fungsi heart rate monitoring dan bersenam selama 90 minit setiap minggu . Jadi tidak perlu risaulah jika anda sedang syok guna Huawei Watch GT2 di tempat awam tanpa membawa alat pengecasannya.

Bateri HUAWEI Watch GT2 yang awesome ini dijana oleh Kirin A1, dengan rekaan chipset berganda (double chipset architecture ) dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini.

3. Doktor Yang Paling Rapat Dengan Anda

Bagi yang gemar melakukan riadah dan aktiviti lasak Huawei Watch GT2 ini memang sangat sesuai untuk anda. Nak tahu kenapa? Ini semua adalah disebabkan jam pintar Huawei Watch GT2 akan bertindak sebagai doktor yang paling rapat dengan anda dimana ia mampu memantau degupan jantung, kualiti tidur, tekanan serta stress dan memberikan anda peringatan untuk bersenam.

Selain itu, jam pintar Huawei Watch GT2 yang kalis air dan kalis debu ini juga akan mengira jarak, jumlah stroke, membaca posisi renangan anda ketika anda melakukan aktiviti renang bersama-sama jam pintar Huawei Watch GT2 ditangan.

4. Boleh Dijadikan Sebagai Alat Paling Berguna

Huawei Watch GT2 yang mempunyai kecanggihan Bluetooth didalamnya membolehkan anda untuk menjawab panggilan telefon, mendengar muzik, mengetahui status cuaca terkini, membaca mesej dan macam-macam lagi. Senang kata, HUAWEI Watch GT 2 ini adalah jam tangan yang pasti akan membuatkan hidup seharian anda menjadi lebih mudah.

5. Rebut Peluang Miliki Jam Pintar GT2 Hari Ini

Lebih menarik lagi, aksesori Huawei Watch GT2 ini juga boleh dijadikan hadiah buat pasangan anda untuk tampil lebih bergaya. Jadi kepada anda yang mengidam Huawei Watch GT2 ini, tiba masanya untuk anda grab jam kegilaan ramai ini.

Lagi-lagi bermula hari ini (18 Oktober 2019) anda sudah boleh miliki jam yang serba canggih ini. Hanya terjah sahaja mana-mana outlet Huawei berdekatan anda dan terus grab jam pitar kegilaan ramai ini.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei.