fbpx

“Jam Itu Hadiah Daripada Suami, Saya Tak Pernah Tanya Harga”

Baru-baru ini, penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di ibu negara minggu lalu menjadi perhatian ramai.

Apa yang menjadi bualan hangat apabila penyanyi itu dilihat menggayakan seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

BACA: Selepas Jam Tangan RM1 Juta, Tudung Siti Nurhaliza Harga RM4,100 Pula Curi Tumpuan

Menerusi temu bual bersama Melodi semalam, Siti berkata jam tersebut adalah hadiah daripada suaminya, Datuk K dan dia tidak tahu mengenai harga jam berkenaan.

“Jam itu adalah hadiah daripada suami saya dan saya tak pernah tanya pun. Bie (Datuk K) berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah Alhamdulillah saya terima dan suami memang suka saya bergaya dan membeli koleksi-koleksi jam.

“So bagi saya tiada apa sangat, sebagai seorang isteri saya hargai dan pakai tak adalah nak ambil tahu berapa banyak berapa harga dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai beg tangan mewah yang dibelinya, Siti berkata pereka fesyen terkenal, Rizman yang membantu untuk padankan dengan baju yang digayakannya. Siti juga akui dia bukan seorang yang pandai shopping.

“Saya tak pandai matching-matching ni. Rizman yang tolong, dia cakap kak Siti beg ni tak sesuai apa semua. So dia kata ada satu beg yang cantik dan boleh matching sangat dengan baju kak Siti dan saya fikir dah lama tak berbelanja untuk diri saya.

“Kalau tanya suami saya pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping dan saya rasa dia beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping tapi saya hargailah suami memang suka melihat isteri dia tampil cantik dan bergaya,” katanya.