Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia telah selesai menjalani pembedahan Sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta semalam.
Dalam video tersebut, Sharnaaz memohon maaf kerana dia tidak boleh bercakap banyak kerana ia akan menyebabkan darah mengalir keluar dengan banyak.
BACA: Sharnaaz & Nelydia Dilabel Sebagai ‘SRK, Kajol’ Versi Malaysia
View this post on Instagram
Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang terlibat serta mereka yang mendoakan untuknya. Dalam pada itu, Sharnaaz sempat bergurau mengatakan jururawat di situ menjaganya dengan baik.
Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir.
Sebelum ini, bekas isteri iaitu Noor Nabila memuat naik satu perkongsian di Insta Story mendoakan agar urusan Sharnaaz dipermudahkan serta berjalan lancar.