fbpx

Jakim: Pihak Sajat Ganggu Proses Identiti Jantina

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan proses pengesahan sebenar identiti Nur Sajat tergendala kerana terdapatnya halangan pihak ketiga dari belah Sajat. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial Jakim, Dr Mohd Izwan berkata, pihaknya masih memujuk usahawan itu.

BACA: Papagomo Gigih Mahu Tahu Jantina Sajat

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai proses pengesahan identiti usahawan itu.

Pertemuan diantara Jakim dan Sajat Januari lalu, beliau telah bersetuju untuk melalui beberapa proses untuk pengesahan identiti secara rasmi bagi menjawab segala persoalan masyarakat mengenai status jantinanya yang sebenar.

Sebelum ini, Sajat ada meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap masyarakat melemparkan kata-kata hinaan hingga membabitkan kedua ibu bapanya. Luahnya, kerana status jantinanya, ibu bapanya pula terpaksa menangung malu. (rtky/w)