“Jagalah Isteri Yang Satu Dengan Baik” – Edika Yusof
Pelakon Edika Yusof berkata dia tekad untuk mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya seleaps melihat kesukaran ibunya yang membesarkan anak-anak selepas diceraikan,
Memetik Utusan Online, Edika berkata dia memahami perasaan isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan dia akan berusaha untuk memberikan kebahagiaan buat isterinya, Nur Hidayah Yusri.
BACA: Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh
Menurutnya lagi, ada dikalangan ahli keluarganya berkahwin lebih dari satu dan dia melihat bukan mudah untuk berlaku adil pada isteri-isteri dan anak-anak.
“Bapa saya berkahwin lebih daripada satu dan ada juga saudara lelaki terdekat melakukan perkara sama. Apa yang saya lihat, bukan mudah bagi seorang suami yang berkahwin lebih daripada satu untuk memberikan keadilan menyeluruh kepada isteri dan anak-anak mereka.
“Saya melihat bagaimana sukarnya ibu membesarkan kami adik-beradik selepas diceraikan bapa. Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.
“Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya.
Dalam pada itu, Edika berkata dia mengakui risau apabila ada pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga orang lain termasuk hal Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang kini sedang hangat diperkatakan.
“Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.
“Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fitnah. Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya
- SUMBER
- Utusan Online
Bagus suami mcm Edika Yusof ni.. sayangkan wife dia walaupun wifenya sakit… Semoga Allah merahmati kau dan bahagia hingga ke akhir hayat..
Nak jugak highlight. Ko diam2 sudah lah. Silap hari bulan ko pulak diuji baru tau tinggi rendah langit tu.
Patut diangkat EdikaYusof sebagai ikon suami mithali. Moga sentiasa dalam rahmat dan redho Allah. Aaminn..
Bagus abg ni…Alhamdullilah
suami lindungan kaabah.. ?
Wow..best nya dapat suami mcm Edika Yusof ni… Bukan mcm abg Rahim Plug tu… Perangai mcam sol badigol..hehehe
Takde penyondol lg boleh la ckp mcm tu. Dtg sorang pompuan melentik liuk manja2 dgn kau baru masa tu iman teruji. Nak2 plk digoda berterusan tanpa putus asa. Agak2 siapa yg kalah? Nafsu lelaki tetap akan kalah jika digoda berterusan.
Org hensem mmg setia
Kalau kau mungkin la macam tu..tapi dia tak
Edika mmg hensem dan setia pun.. setakat penyondol2 muka lapar duit yg nk sondol rumah tangga dia, dia x layan la.. tambah2 muka species Rohingya, lagi la dia x nak..meloya dia tgok..hahahaha