fbpx

“Jaga Sensitiviti, Nabila Isteri Orang” – Sharnaaz

Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta netizen supaya menghormati status bekas isterinya, Noor Nabila yang masih bergelar isteri kepada Engku Emran.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz turut memohon netizen yang masih memuat naik video mereka ketika masih bergelar suami isteri supaya menjaga sensitiviti.

BACA: Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul

“Saya tahu akan kewujudan video-video yang dimuat naik peminat di Tiktok dan saya ada menonton. Saya pun tak boleh nak menghalang mereka kerana itu akaun media sosial mereka.

“Tapi, kita kena sedar bahawa Nabila berstatus isteri orang. Janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain. Kena fikir juga sensitiviti suaminya sebab dia pun ada perasaan. Dia bukan robot,” katanya.

Bagaimanapun, Sharnaaz tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengucapkan terima kasih kerana yang masih ada yang mengingatinya.

“Saya tak salahkan mereka yang mendoakan yang baik-baik dan saya ucapkan terima kasih. Cumanya, kena tahu dan jaga batas sensitiviti itu.

“Pada saya, bila melihat video-video itu, mereka (peminat) ini masih belum ‘move on’ dan maknanya, masih sayangkan kita. Terima kasih sebab masih ingat kepada kami,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia tidak berdendam dengan bekas isterinya itu kerana apa yang lebih penting untuk pastikan anak mereka, Jebat Jayden membesar dengan baik.

“Saya tak ada marah atau berdendam (dengan Nabila). Saya dah buang semua perasaan itu. Sekarang, kami adalah satu pasukan untuk membesarkan Jebat sebab saya rasa, Jebat pun tak rasa seperti kami bercerai,” katanya.

Baru-baru ini, tular video dimuat naik beberapa netizen memaparkan Sharnaaz dan Nabila ketika masih bergelar suami isteri dan selepas bercerai.