Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul
Pelakon Datuk Aaron Aziz memberikan amaran terhadap pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi reaksi terhadap konflik antara Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.
Memetik Utusan Online, Aaron berkata dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
BACA: Isteri Larang, Aaron Aziz Tak Akan Jumpa Syamsul Yusof
“Cakap dekat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur. Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.
Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.
Aaron berkata dia akan mengikut seperti yang dipinta isterinya serta mengatakan bahawa rezeki bukannya terletak di tangan manusia.
- SUMBER
- Utusan Online
Kau ni min… “Syamsul berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.”
Sol bini nye sarah dan ira kazar. ni aaronyg ko ckp tu. Adehh hahaha
“Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.”
aikkk…???? bila masa bertukar??? hahhahaha
Min, x yah headline gempak sgt. abam aaron dah ckp , jagn melaga-laga kan orang… satetment min ni, boleh mengundnag perselisihan faham.. Admi kene ingat, tajuk admin ni, kalau mengundang pergaduhan, berdosa admin..