“Jaga Isteri Baik-Baik, Insya-Allah Murah Rezeki Kita”
Sebut sahaja nama pelakon Edika Yusof, sememangnya ramai mengagumi kesetiaan pelakon berusia 54 tahun menjaga isterinya Norhidayah Yusri, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.
Baru-baru ini, Edika dijemput dalam satu program khas Astro Ria bergelar ‘Borak Kelamin’ bagi bercerita tentang topik ‘Cinta Luar Biasa’.
BACA: Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh
Menerusi rancangan itu, Edika ditanya oleh pengacara Elly Mazlein dan Awal Ashaari jika dia memasang niat untuk berkahwin lagi. Edika mengakui dia sering ditanya soalan tersebut, malah ibunya sendiri juga pernah bertanyakan mengenai perkara itu.
View this post on Instagram
“Soal mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu,” kataya.
Turut berkongsi cerita, Edika berkata dia membesar dalam keluarga bapanya berpoligami dan melihat kesusahan ibunya membesarkan mereka adik beradik membuatkan dia tidak mahu melukakan hati isterinya.
“Saya lihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya sebegitu..” katanya.
Dalam pada itu, Edika berkata daripada memikirkan hal kahwin lain adalah lebih baik agar dirinya membantu isteri untuk pulih semula.
“Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berniaga ‘online’,” katanya.
Ditanya bagaimana seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan sebegitu, Edika berkata jika menjaga isteri dengan baik, kehidupan akan bertambah baik.
“Kita hangan hanya berserah kepada Allah tanpa lakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri jadi lebih baik. Jangan pernah putus asa dan lari dari masalah kerana ia tak membantu.
“Jaga isteri baik-baik, Insya Allah rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam hidup saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik, isteri makin berdikari. Syukur,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Subhanallah…semoga perkahwinan beliau dan isteri sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.
ni salah seorang Malaysian heartthrob thn 80an-90an & dia pilih utk setia kpd seorg isteri walaupun isterinya lumpuh….
masalahnya zaman sekarang lelaki yg curang, menjandakan isteri & main kayu 3 adalah golongan lelaki yg rupanya thp tongkang pecah
Yup muka tongkang pecah, pecah rumah, bukan nak hargai bini, menyakitkan hati adalah
Ude,aidid,shuk shud learn this lesson,org ade rupa mmg pndai brpkir.jntan perasan hnsem brkobar tmbh dn ceraikn wife.pelik aku.
Salute dgn dia ni. Aku doakan dia bertahan mcm nj sampai bila2 diorg bersama..so sweeeettt.. there is still hope. Ingatkan semua jantan nak psgn lebih…
tak payah lah berlagak baik…duduk diam2 sudah…konon dia ni malaikat baik lah jaga bini dia…yelah tu
yang ni kenapa hahaha
Alhamdullilah…
puaka jahanam
org interview dia la ngok.. dia jawab la… bukan dia sua muka pi cite… bahalol
Dia patut dpt tokoh tokoh punya award juga. Kacakk kot.hahaha
Alhamdulillah…
Mamat ni masa muda punya la handsome … Cuma tak tau kenapa tak jadi artis berjaya .
Very very handsome ..
smoga jd inspirasi utk smua.. ramai je lelaki yg mcmni sebenarnya, bertuah sguh isteri dia.. tapi mesti byk dugaan yg ditempuhi.. kita xberada di tempat dia.. lain org lain cabarannye