“Jaga Hati, Jaga Perut & Jaga ‘A*u’” – Sheila Rusly Kongsi Tips Bahagia Pada Menantu
Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly memberitahu dia pernah memberikan tips untuk kekal bahagia rumah tangga kepada menantunya yang juga pelakon Elisya Sandha.
Memetik Xtra, penerbit itu berkata tiga tips yang dikongsikan iaitu menjaga hati suami, jaga perut atau makan minum dan menjaga hubungan intim.
BACA: Sheila Rusly Mimpi Nama Bakal Cucu Ketika Elisya Sandha Hamil 3 Bulan
Menurut Sheila lagi, pasangan suami isteri pada zaman sekarang dilihat hanya mengutamakan hubungan intim sahaka berbanding perkara lain.
@xtra_my Tu diaaa, rahsia perkahwinan kekal bahagia ???? #fyp #xtramy #shielarusly #elisyasandha #tips #perkahwinan #beritaditiktok #sembangentertainment
“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga ‘anu’ (hubungan intim suami isteri).
“Zaman sekarang ‘anu’ dulu, salah! Bila anu dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh. Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya.
Dalam pada itu, Shiela turut memuji menantunya itu seorang yang rajin memasak dan sentiasa mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” katanya.
- SUMBER
- xtra
Wuihh ini ayat my husband! hahahahaha yeahhh i jaga tiga benda ni. My husband pernah cakap dan puji. Kembang terus kita.
Tapi jangan lupa, Islam membolehkan anu kami kaum lelaki ini dikongsi oleh 4 wanita secara halal. Hahahaha…
What about tips for husband to make wife happy????
You are so right @Lola…but, org pompuan mesti nak kena tau masak mcmna educated sekalipun
X perlu pandai masak. Pandai masak pun lemah gemalai pun ayu pun ada je kes suami masih cari lain… Yg penting jaga diri sndiri kerana Allah. Laki2 boleh jd tempat jana pahala bila kita sabar dgn diam tp mereka boleh jd penjana dosa bila kita melawan dia kerana geram.
memasak bukan tanggungjawab isteri,tapi kalau isteri sudi buat alhamdulilah.orang dulu2 je amalkan jdkn benda tu tanggungjawab isteri.lelaki demand nak beria padahal setakat ingat tarikh anniversary pun kadang failed.
Apa tips utk suami bahagiakan isteri? Kena tekankan jga tips utk suami supaya adil. Tak la bini jer beria jaga suami, suami pl buat tak tahu jer.
Pandai memasak adalah satu bonus. Kalau malas langsung tak masak, kau jangan meroyan bila suami cari lain. 3 kali seminggu pun jadi ah tu! Kalau 3 kali seminggu pun takda, memang kau layak dapat madu. Dasar istri pemalas. Bagus shila dapat menantu rajin dan rapat dengannya.
Aku pun x tau apa ko nampak kat laki kau elisha. Keje takde harap produksi mak bapak, rupa xde, rumah sendiri tak mampu sediakan, mak dia queen control sedunia yang nak menantu serve anak laki dia macam raja. Beranak ko, masak ko, kerja ko, melawa ko. Haha. Syariat islam celah mananya.
nama anak pun tpaksa ikut pilihan mak mertua.. kesian .. huhu
Asyik ajar yang perempuan jaga yang laki. Ada ajar yang laki tu jaga yang perempuan tu tak? Nanti kalau ada masalah, sure salahkan yang perempuan kan? Tak payah control sangat menantu, nanti menantu lari
jangan lupa perintah Allah pun kena jaga.