fbpx

“Jaga Anak Kau Sudah, Ni Anak Yang Keluar Dari Perut Aku”

Pelakon Fasha Sandha antara selebriti yang dikagumi ramai wanita kerana bukan mudah untuk bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata. Namun, ada saja tindak tanduknya yang serba tidak kena di mata netizen termasuklah dalam soal penjagaan anak.

Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik video menunjukkan dia sedang mendukung kedua anaknya ketika berada di sebuah stesen kereta api. Bagaimanapun, tindakan Fasha itu dikritik netizen yang mengatakan Fasha tidak menitikberatkan aspek keselamatan anaknya.

BACA: Gayakan Baju Renang, Fasha Sandha Dikecam Netizen

View this post on Instagram

#iburayfalraysha ??

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Tidak hanya mahu berdiam diri, Fasha membalas komen netizen tersebut. Fasha juga turut menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada ketika itu dimana dia sedang mengejar masa dan kedua-dua anaknya mahu didukung pada masa yang sama.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya menasihati Fasha untuk tidak menghiraukan netizen yang hanya tahu mengritik tetapi tidak mengetahui cerita sebenar.

Apa pun, sebagai ibu pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak mereka dan Fasha lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya.