fbpx

Hael Husaini Jadi Bualan, Tinggalkan Komen Di IG Pelakon Thailand

Baru-baru ini, penyanyi Hael Husaini menjadi bualan ramai apabila dilihat meninggalkan komen di Instagram milik pelakon lelaki terkenal Thailand, Gulf Kanawut.

Menerusi komen tersebut, Hael menitipkan pesanan buat Gulf untuk tidak meninggalkan makan malam serta berharap dapat bertemu lagi dengan aktor Thailand itu.

BACA: Netizen Kecewa Lihat Perubahan Ketara Hael Husaini

Difahamkan, mereka berdua bertemu dalam sebuah majlis Onitsuka Tiger yang diadakan di Jepun, baru-baru ini.

Komen yang ditinggalkan Hael itu mendapat perhatian ramai apatah lagi ramai yang suka melihat kemesraan terjalin antara kedua mereka.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa Hael sedang cuba untuk memikat hati Gulf. Malah, ada yang membuat rakaman skrin komen Hael itu dan memuat naik semula di aplikasi TikTok.

Mungkin mereka hanya sekadar berkawan baik sahaja dan hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar tuntutan kerja sahaja.