Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, Izzue Islam memberitahu dia mula mengawal perbelanjaan keluarga. Izzue berkata sebagai permulaan dia akan mengurangkan pembelian pakaian bagi tujuan penggambaran.

Menurut Izzue dia tidak mahu lagi membazir ke arah benda atau sesuatu yang tidak penting dan mahu lebih berjimat.


BACA: Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan IVF

“Buat masa ini saya kena susun semula keawangan untuk hari-hari akan mendatang. Apa yang boleh jimat, kita jimat la. Tak mahu lagi membazir dengan perkara yang mengarut dan benda yang tak penting.

“Sepatutnya saya kena buat persediaan baju untuk penggambaran tapi hanya 50 peratus sahaja sudah dipersiapkan. Ada banyak lagi kena beli tapi nak kena kurangkan sedikit,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Izzue turut memberi pendapat tentang sikap segelintir rakyat Malaysia yang memasak secara berlebihan sepanjang tempoh PKP ini. Izzue berkata setiap keluarga ada cara mereka masing-masing tetapi apa yang penting perlu buat persedian untuk dua minggu akan datang ini.

“Masing-masing ada cara kehidupan harian mereka. Kalau ada yang masak banyak lauk dalam satu hari mungkin dalam rumah ada ramai penghuni.

“Ada juga yang berjimat dengan masak sedikit sahaja. Mungkin selama ini susah nak makan sama tapi waktu ini la mereka guna peluan makan dan masak sama-sama,” katanya.