fbpx

Izzue Islam Jalani Rawatan Bersihkan Darah

Pelakon Izzue Islam melalui akaun Instagramnya dia menjelaskan bahawa telah menjalankan operasi penyucian darah di sebuah klinik baru-baru ini. Tujuannya ialah untuk membersihkan darah kotor serta mengembalikan kesihatan dalaman.

BACA: Izzue Islam: Belum Ada Rezeki Timang Anak

“Saya ke Ozone Therapy untuk membersihkan darah. Ianya bagus untuk kesihatan kerana ia menapis darah kotor dan mengembalikan darah bersih. Dengan itu, kita akan dapat tubuh badan yang sihat dan cergas,” ujar Izzue yang ditemui di Majlis Sidang Media Telefilem Oh My Ganu 2! petang kelmarin.

Tambahnya lagi, rawatan tersebut hanya memakan masa selama 45 minit sahaja dan bergantung pada tahap kesihatan seseorang itu.

“Rawatan itu hanya mengambil masa selama 45 minit dan kos rawatan itu hanya RM450 serta tiada pantang selepas menjalani rawatan tersebut. Saya buat rawatan itu juga kerana mahu menjaga kesihatan kerana selama bekerja saya tak cukup rehat. Selain itu, makanan tambahan seperti supplement turut saya amalkan,” katanya. (rtky/h)