fbpx

Izzue Islam, Awin Nurin Terpaksa Hentikan Rawatan IVF

Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin tidak berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata.

Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.

BACA: “Kalau Ada Anak Dah Masuk Darjah 3 Dah” – Izzue Islam

“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan kena ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan ganggu proses rawatan itu.

“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.

“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.