fbpx

“Dia Haramkan Saya Post Gambar Anak-Anaknya Di IG” – Izreen

Meskipun masing-masing sudah bahagia dengan kehidupan dan pasangan masing-masing namun kemelut antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh seolah tiada kesudahan lagi.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila masing-masing dilihat berbalas kenyataan di media sosial meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan hal anak-anak.

BACA: Intan Saleh Tersenyum Bahagia Suami Baring Di Riba, Netizen Tumpang Gembira

Memetik mStar Online, Izreen berkata bekas madunya itu tidak membenarkan dia untuk memuat naik gambar anak-anaknya di Instagram.

“Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya anggap perkara ini sudah selesai. Dia haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya,” katanya.

Difahamkan, pertikaian itu dikatakan berpunca apabila Intan melarang Izreen berkongsikan gambar anak tirinya di media sosial.

Sementara itu, dalam satu perkongsian sebelum ini, Izreen memberitahu dia terbuka untuk bertemu dengan Intan untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik dikenali sebagai Ude Wahid pada Ogos 2017. Terdahulu, Intan Saleh pernah bernikah dengan Ude. Namun, bercerai selepas lima tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.