fbpx

Izreen Azminda Selamat Timang Anak Lelaki

Tahniah diucapkan buat Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid selamat menimang cahaya mata lelaki Sabtu lalu.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Izreen di akaun Instagramnya. Menerusi perkongsiannya itu, Izreen meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar.

BACA:

Izreen turut mengumumkan nama bayi lelakinya itu yang diberi nama Aaron Ibrahim.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Izreen. Sebelum Izreen ini pernah berkahwin dengan Muhamad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.