fbpx

Izara Aishah Dikritik Didakwa Salah Guna Perkataan ‘Jakun’

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Izara Aishah yang menjelaskan mengenai kedakatan warga Palestin yang datang ke Malaysia hanya untuk dirawat menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, Izara membalas ciapan seorang individu yang mempersoalkan tujuan rakyat Palestin dibawa ke negara ini namun perkara itu telah pun dijelaskan oleh pihak kerajaan.

BACA: Izara Aishah Letak Syarat Lepas Berhijab, Tak Minat Berlakon Filem Percintaan

Izara berkata rakyat Palestin tidak sewenangnya meninggalkan negara mereka dan hanya datang untuk mendapatkan rawatan sahaja apatah lagi Malaysia antara negara yang membantu mereka.

Tidak hanya terhenti disitu, Izara didakwa bersikap rasis terhadap orang Rohingya susulan satu ciapannya mengenai Rohingya dan meminta agar tidak membandingkan dengan warga Palestin.

“Satu dunia mengadu bagaimana bermasalahnya orang Rohingnya dan sikap tidak menghargai mereka telah menyebabkan kekacauan di negara sendiri. Jangan bandingkannya dengan Palestin.”

Namun apa yang lebih menjadi bualan dalam satu ciapan Izara ada menggunakan perkataan ‘Jakun’ dimana ada netizen mengatakan bahawa ianya nama suku kaum Orang Asli, Jakun.

Difahamkan, Izara menggunakan perkaraan itu ketika membalas hantaran seorang pengguna yang mengatakan dia tidak tahu maksud bagi perkataan ‘Daft’ (Silly atau bodoh).

“Allah itu hanya satu slang (perkataan daft) tapi punya jakun seronok lah dapat satu point untuk menampar kepada satu perkara kecil,” tulisnya.

Susulan ciapannya itu, rata-rata netizen menegur bahawa Jakun itu adalah suku kaum Orang Asli dan tidak sepatutnya digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tidak elok.

Tidak hanya berdiam diri, Izara menjelaskan perkataan jakun itu sering digunakan untuk menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu dan ramai yang menggunakan perkataan tersebut.

Malah, Izara turut berkongsikan satu ciapan berkenaan Kamus Dewan Bahasa mengenai perkataan jakun bermaksud ‘keadaan jakun’, ‘hairan atau pelik’.

Dalam pada itu, Izara meluahkan ramai yang mengecamnya kerana penggunaan perkataan ‘jakun’ sedangkan tahu ia merujuk kepada ekspresi dan tiada kena mengena dengan cercaan kepada perkauman.

SUMBER: BuzzKini