fbpx

“Itu Semua Tak Boleh Bawa Masuk Kubur”

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsikan video kejutan menghadiahkan anaknya sebuah buku nota jenama mewah, Louis Vuitton berharga RM3,000. Kata Vida, hadiah tersebut diberikan memandangkan anak perempuannya itu rajin ke sekolah.

Seperti sudah dijangka, video tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan pembelian buku tersebut hanya satu pembaziran. Tidak kurang juga ada yang mendakwa tindakan Vida itu seperti mahu menunjuk-nunjuk.

BACA: DSV Hadiahkan Cik B Buku Nota Berharga RM3,000

Namun dalam banyak-banyak kecaman, komen oleh seorang lelaki ini menjadi perhatian ramai apabila mendapat jawapan balas daripada Vida. Respon yang diberikan oleh Vida sememangnya win habis sehingga menjadi bualan oleh warga Twitter.

Rata-rata netizen mengatakan walaupun dikecam teruk, Vida masih membalas komen negatif tersebut dengan tenang. Kata netizen lagi, Datuk Seri Vida sudah kembali dan inilah yang paling dinanti-nantikan.

Terdahulu, biarpun ramai yang mengecamnya, namun ada yang memepertahankan Vida dengan mengatakan tiada salahnya jika mampu dan lagipun duitnya itu digunakan untuk melabur kepada anak-anak.