fbpx

“Itu Bukan Anu Saya, Ia Kerja Gila Penggodam”

Semalam kecoh seketika laman sosial apabila akaun Instagram milik Zul Ariffin memuatnaik gambar anu (sehingga kini tidak diketahui milik siapa) sekaligus membuatkan peminat terkejut. Akhirnya melalui Harian Metro, Zul menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

BACA: Zul Ariffin Kongsi Gambar Lucah Di Instagram?

“Itu bukan anu saya. Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan di sosial media. Ini semua kerja gila hacker yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan,” kata Zul Ariffin kepada portal berita berkenaan.

Sementara itu, pelakon ini menjelaskan dia terduduk apabila panggilan dan mesej bertalu-talu masuk sebaik rakan-rakan mengetahui perkara tersebut.

“Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan. Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian”

“Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya ‘hackers’ tidak dapat menembusi akaun peribadi saya. Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG”

“Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena. Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua,” katanya.

Jadi, buat peminat semua, anda boleh menarik nafas lega kerana apa yang mungkin anda sudah lihat sebelum ini adalah kerja penggodam. Macam-macam hal betul melanda Zul ketika ini, semoga dia bertabah. (rtky/s)