Kes Palsukan Sijil Nikah: Ummi Nazeera Dakwa Ibu Dianiaya
Heroin filem Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato’ Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.
Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini). Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.
“Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah itu kepada Majlis Narathiwat & sijil itu diperakui oleh pihak disana”
“Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya dengan nada tegas.
Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20 Mei 2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 16 Oktober 2009.
Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.
Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.
Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.
Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.
“Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne”
“Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya,” katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.
Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.
“Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau,” kata Nazreem ringkas kepada media.
Mahkamah putuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan. (rtky/fr)
Asal gi mahkamah nak pakai hitam. TAk leh pakai biasa ke?. Macammajlis berkabung.. dr ujung rambut sampai ke bwh.. aku gi mahkamah syariah aku tngok orang biasa pakai baju mcm biase jer.. aku tanya sbb pelik retis kat msia ni…
to @sajer tanye. Org pakai hitam pun ko jdkan isu ek..org arab pakai jubah hitam siap pg sopping ko xkecoh plak. biar le diorg nak pakai kaler apapun, xtau ke maybe diorg pakai hitam sebab nak elak tabaruj. kalau ko xtau apa tu tabaruj sila ngaji lama2 ek
La aku musykil jer.. yg ko nak tersentap nape. ?. ko nak cakap pasal tabaruj .. nape kat luar tak pakai gitu… klu bab tabaruj tu.. babe aku blh faham bhs arabic ler… ngaji agama pun mak aku sekolahkan agak tinggi. Jngn cakap pasal ngaji tak ngaji ler babe… klu boleh kat luar dngn masuk mahkamah pun sama ler jgkkk… FYI baju aku pun bnyak hitam. Stokin aku pun warna hitam. Aku tau ler mak arab bcoz tu culture dorang. Ko pena lihat kat dalam jubah anak dara arab.. .pergh.. up to date fesyen dorang. Aku rase ko yg tak da kwn arab kot. Btw makcik jemah aku ni keturunan arab… Bukan jd isu.. cube ko buke minda sikit apa yg aku nak sampaikan. Jangn ada masalah baru nak ingt tabaruj bagai… relax makcik jemahhh…
Aku tak faham… cube ko ngaji betul2 bab agama. Sebagai anak jngan side belah mana mana pun. Tutup pekung wlpun ditanyer oleh reporter sngt penting dlm agama. Wlupun kita lebihkan ibu dr segi agama tp hak ayah masih ada. Wlupun mak kita betul terinaya dan si bapa yg salah. Kita sbg anak mendamaikan situasi kalut tu. Banyak cara utk situasi berkenaan. Jumpa ustaz mana mana pun akan ckp benda yg sama. Buat solat jernehkan keadaan, insyaAllah hati yg keras akan di lembutkan ati.
Anak jangan ler sakitkan ati org tua tak kira saper salah. Klu si ibu biarkan pkara tu kita blh tauler tahap pendidikan agama takat mana….
Aku dulu pun terperangkap situasi mcm ni… biaser ler bila bizns dad aku da maju tp mak aku didik agama kat kitaorang. Sabar kuncinyer… aku sampai tak leh smbung blajar kat uk. Cube fikir kita akn berbintikan n berbinkan ayah kita sampai ler kita mati. Aku nak beri nasihat kat adk beradik nazera.. balik ler ke agama… smua ni akan hilang… pujuk ayah .. comfortkan mak kita. Allah memerintahkan kita spya jaga ibu bapa kita bila tua nanti. Jngn sebab kita jauh dr tuhan… kemelut takkan selesai… aku tak dpt kasih sayang dad aku. Aku nak jumpa dia kat jannah. Ayah kita sorang sajer… tak ada dua wlpn aku bersuami… binti aku tetap ayah aku… jumpa dia aku cium peluk dia… adk beradk aku tak berani tunjuk kurang asamm aku bg sepuk… tak de la adk adk aku smua mcm aku.. luv mom n dad.. wlupun ayah aku ada bini muda tak sedar diri… Hidup tak selamanyer… sampai masa kita di sambut 6x7x3… tak berbaloi nak gaduh sampai kekubur.. makcik jemah tak leh jd cikgu.. nanti smua ank murid lari tak nak gi skolah… Peace ya makcik jemah… Nasihat aku pd adk nazerraaa .. Jauh kita dengan Tuhan maka Jauh la Tuhan dngn kita… Peace….
Dearest..dato maziah n dato zainul. Saya nak minta maaf klu ada tulisan saya ni menyinggung perasaan doto berdua.. to adik nazera plz b strong n da rest of nazeras families.. think wisely b4 action. Jngn jd fitnah kat family kita. Bukan nak nasihat tp berpesan pesan sesama insan. Takut jgk akak kena tanyer kat pdg masyar sbb sakit kan ati org. Muhasabah diri masing masing.. pkara dunia tak kemana nanti jd fitnah melata. Akak nak ke oversea keje jd kena minta maaf kat kalian dulu. Da terlepas ckp baru .. terperasan almaklum le teringat zaman sodeh bila parents konflik dulu… aper pun family nazerra Dekatkan diri dngn Yg Esa pasti ada jalan kluar . Kay dik klu terbace. Jngn ler akak balik 10 taun lg.. terbace crite mcm ni lagi. Makcik jemah saya pun nak minta maap gak kat makck jemah.. Peace…
PRIHATIN SGT SAJER TANYEE NI. LAWAK BETUL. ARTIS JE KOT ADIK OI
lawak kee..? artis manusia gak .. saya type ni pun bukan suker suker. Dia artis ramai yg baca kes ni ni blh pengaruh org. ini pasal kluarga. ramai anak yg tak think wisely bila ada konflik. jngn ler kena kat kluarga sndri baru nak fikir. ini bukan criter artis tp pasal manusia kak oii.. sebab i dengar ramai komen bab ni.. polar pemikiran mrk .. ‘ kalau aku .. aku buang jer bapak mcm ni..’… ‘bapak tak guna@lelaki tak guna’.. taat pd ibu bapa perintah Tuhan.. bukan lawak.. prihatin saya berasas bukan utk nazerra jer tp smua yg berfamily.. Orang yg bijak&beruntung adalh orang yg mengambil teladan dr org lain.. trust me dis is nt a joke… belajar penat penat klu saya mnjd manusia tak berfikr.. buang masa tenaga jer. mayb saya terkejut bila respon org trhadap kes ni.. pasal klu pkara ni trjadi kat diaorang.. rata rata cakap dorang buang jer bapa mrk dats too xtreme n sad bila dengar… lawak ke…
mahkamah syariah dan spek hitam berpisah tiada
Sajer Tanye Tu ader masalah kut sewel die la boleh dipanggil keyboard worrier…. bodoh letak otak kat lutut…
pakai ape pun g mahkamah 2 x kisah tak ada undang2 pn yng mnyatakan pkaian sebegini x blh g mahkamah..janji ikut syariat..pakain sopan..2 yang penting….sbb kan pkaian pn nk jd issue mcm ni..kdg2 aku pn pelik knpa la degan org kt luar sana..bnda kcil pn nk dibesarkan..issue pakaian je…asalkan sopan cukup la…warna ape skali pn x kisah…x berdosa pn…awk nak g mahkamah pakai wne hitam pn x ad org nak hemtam la..
tak faham lah apa kaitan mak dia ni dgn dunia hiburan????
Dear Kamal.. im not as u call keyboard warrior. saya komen berdasarkan respon masyrkt terhadap isu sebegini. Otak saya terletak cantik pd tmpt sepatutnyer.. bercakap bukan berdasarkan nafsu.. bukan juga isu baju yee.. saya bnyak handle masalah sebegini.. perkataan anda melambangkan pemikiran anda.. baca elok elok.. Saya lalu jer kat sini… u can name calling me as u wish n plz bro.. im done taliking n is ok ..
salah tu,,bila kita mati,bagi yang beragama islam akan berbinti/bin kan si ibu
lawa nyer mak dierr .. lagi lawa dr anak …
This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!
Sajer tanye first kmu bkan ckp pasal baju dia ke???bkan sbb issue ibu umi nazera dianiayakn..so org ptikaikan kmu ckap pasl baju..btl la 2 pn kmu nak jdi issue ke???
nasihat yg kmu bg 2 sy x ptikai kn..ad btulnya…kalau rase pelik x pyh tgk…x pyh komen ok..
Thanx Sis@bro sofi betulkan i. I sepatutnyer tulis ‘Sebelum mati’. Most apprctd.
Tolong kwn buat research dlm komunikasi media dalam pelbagai platfom sebelum ke oversea keje. Bagaimana respon masyrkt terhadap isu masyrkt di laman sosial tp skill komunikasi & platfom yg salah. wlpun isu relavan. Last last kena ‘Bodoh Otak Kat Lutut… hik!hik!.. mcm mana artis ni hidup kena kutuk atas bwh kiri kanan.. I kena sikit pun da sakit jiwa wlpn sebab research. Paling tdk pun kamal tu kata ‘Awak menyemak ke @ pegi main jauh jauh salah tempat ke.. ok la gak. Tulisan ilmiah dia kata bodoh.. isu baju sbg metafora pun org tak faham. Analisa di sini platfom yg salah memang kena kutuk kaw kaw berdasarkan mentality pembacanyer secara individu bkn smua wlpn mrk well educated… BTW Rotikaya&ohbulan portal paling cantik.. welldone keep up a gud work.. member kat ovrc wlpn dorang tak faham pun respek walaupun portal hiburan.. cume lambat sikit dlm current issue dlm industri. i’ve done talking.. Tobat tak nak bg komen lg… saya main jauh jauh sblum kena halau.. smile… Thumbs up to sofi betulkan kesalahan saya….
Last reply.. dear Sweet. Analisa kat sini komen isu baju yg tak relavan akn dpt perhatian wlpun ‘Bodoh’. Tools skil untuk mndpt perhatian dlm human behavior n komunikasi. Spt nasihat awak saya tak komen lagi, tak pena pun buat sblum ni… Penyelidikan yg takkan saya buat lagi di masa akan datang wlpun org minta tolong. letih nak buat bhsa rojak.. Tp kesah saya tu betul.. i luv my dad no matter wht he did. Let bygone b bygone. Sabar redha kemaafan kunci hidup bahagia. Doa buat nazera dan smua. May hapiness b wiv U dear sweet… Saya dok diam diamm tobat, taknak komen .. Penyelidikan paling tak suka aku pena buat.. C ya.. tak pasal pasal kena mara..
baru nak tegur pakaian hitam. dah ada yg komen. entah2 itu dah syarat kena pakai warna hitam kot..kalau tak hitam tak masuk mahkamah…macam berkabung pulak…..
Peraturan mahkamah syariah d mestikan pakai menutup aurat tak kiralah warna. Cuma kita boleh berharap smua akan memakai menutup aurat d luar juga. Sy pun pernah tidak menutup aurat. Yg penting jangan menilai sesuatu cara melulu. Sedangkan sahabat nabi yg pernah menghunus pedang utk mmbunuh nabi kini jenazah nya bersebelahan nabi sendiri. Sy mohon kita smua berdoa smoga segala kekalutan masalah fmly mereka dpt d selesaikan dgn aman. Peace to all. Allahu a’lam.. Yg baik dr Allah SWT. Kita merancang, Allah merancang, maka Allah lah sebaik2 perancang…
pakaian dan warna boleh dianggap sebagai komunikasi bukan lisan. warna yang tidak menjolok mata memberi gambaran yang baik terhadap si pemakai dan menggalakkan orang yang melihat untuk berpersepsi yang baik-baik. tahniah
Panjang bena komen SAJER TANYEE kan…nasihat mcm2, laman gosip jugak yg dibukak…