Isu Inai Nunha, Ini Jawapan Neelofa
Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu kualiti inai jenama Nunha milik selebriti popular, Neelofa.
Rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain. Malah, ada segelintir pihak mendakwa kononnya produk inai selebriti itu tidak mesra wuduk kerana tidak menyerap air.
BACA: Neelofa Sedih Nasib Hampir 400 Jemaah Haji Terkandas Di KLIA
Tampil bersuara mengenai isu tersebut di Insta Story, Neelofa menegaskan inainya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.
“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.
“Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi,” katanya.
Isteri kepada PU Riz itu juga berkata dia tidak memandang ringan mengenai isu penyerapan inai kerana enggan menanggung dosa mereka yang menggunakan inai keluarannya itu.
“Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat.
Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu.
“Nak buat yang tidak sah solat? Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana. Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa memaklumkan akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat serta menjemput pakar di dalam bidang tersebut untuk memberi penjelasan lanjut.
“Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat. Harap selepas majlis nanti akan dapat selesaikan isu ini,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
SIRIM? Ni barang electronic ker?
natural inai bukan warna merah ke ? kenapa keluar warna coklat. And seriously , mmg the inai looks horrible. Mcm jari tersepit je.
neelofa mmg pandai berkata2 as usual
Amboi org inai dia pun inai … Pas tu sirim kan pulak ….
Ish …
Kata islamik sgt … Tapi potong rezeki org …
BERNIQAB… DAH MACAM SALIB DI DAHI…
AIIII PENUNGGANG PENUNGGANG..
Jgn cemburu dgn kecantikan org & kejayaan org…aku tengok dia ok ajer. Betul lah dia cakap just because Neelofa yg buat ada jer tak kena. Tak suka & kalau rasa mahal jgn pakai…beli jer yg make in China yg mcm2 colour ada, aku pun beli murah…kalau was was bersihkan jer kuku tu ye sudah
*made in China
Teringat alasannya p langkawi buka cawangan produk minuman. Ada ke lagi eh? Tanya jewrrr…
Ok lah tu warna ala gothic gitew…
jual la inai betul betul. colour merah orange biasa tu. packaging semua dah cantik. sayang betul potential dah ada. mcm tu punya quality org beli sekali je mcm sambal nyet
ni bukan isu halal ke apa Puan Neelofa..kita orang persoalkan WARNA…apa sal buruk sangat….saya kecik2 dlu tumbuk daun inai semulajadi jugak bahan takde keluar warna lebam macam mayat nk mereput..jagan pusing ayat ke lain..jawab isu WARNA tuh je ..kena faham ye, inai klau dah pkai bukan hilang terus satu hari, ni kalau dah kuku buruk colour mcm ni,macam mane..
Cantik la guys color inai Neelofa.. Kalau korg repeat 2nd & 3rd time lg cantik.. memang gelap but cantik je.. ala2 brownish.. memang Neelofa pakai pon x merah.. yg complaint nih beli x? pakai x?
Di kala hrga barang naik,dan kehidupan makinsusah..rm30lebih tu, saya pilih beli beras faiza…dlm membeli ada sumbangan ke sedekah.
yang mana mampu tu sila lah beli..yg mana spesis saya b40 nak hujung2 ni..buat la beli beras, lauk2..tepong,megi….kenyang perut
zouk ni da kenapa….kalu dlm hati masih nk bfesen…bukak je ler ninja tu…makin mengarut ko ni…
yang pasal sirim tu dia explain sebab orang cakap inai dia tak sah wudhuk, so dia sedang buktikan inai dia tu telap air menerusi kajian yang dibuat oleh sirim… takkan la dia nak jual inai yang tak sah wudhuk kan? bila benda ni melibatkan periuk nasi reseller-reseller dia, dia kena la buktikan dakwaan tu salah. warna gelap tu mmg trademark dia… kesian lofa, ada je orang yg suka cari salah… dia nak jual apa pun itu hak dia, ramai pula yg tak senang bila product dia dpt sambutan…
For wht i know, inai naturally yg owg pakai will turn out orangey red..obviously not this color..so call gothic color ke hape.
Owg yg light skin tone color..mmg lah nampak cantik. Darker skin tone..personally, I dun go for this color..looks horrible..dark chocolate. Suke ati masing2 lah.
Tp public tanyer..sb curious..color inai tu mcm ade additive n not the natural inai color dari daun inai. Daun inai dari negara mana eh?
Untuk renungan. Nape dia pun tahu
org bercakap mcm2 psl produk tu sbb neelofa punye… Mengapa Org kecam. Byk je artis trkenal berniaga dan netizen support… tp bkn setiap artis buat apa2 org kecam. Byk je org support
Aku x de sokong artis. Mn2 peniaga, jika artis atau org biasa tetap aku beri sokongan.
Bila org kondem, kita jgn tolak terus. Kita prlu muhasabah diri. Kerana kita pun x sempurna. Mesti ada sbb bila apa kita buat org berkata negatif. Kalo 99% org ckp bnde hampir sama adakah semua mereka busuk hati? Fikir2 kan. Mungkin sikap kita sendiri myebabkan pndgn negatif begitu…atau apakah ada faktor lain? Renung2 kan…mungkin ada jawapannya.
Tulah manusia suka tengok keburukan sebelum mengunakan akal fikiran dan hati yg Allah dah bagi. Eyy inai tak semestinya merah orange okey. Siape pernah pegi umrah haji or negeri2 islam dekat side2 africa tuu akan tauuu mereka pkai inai warna dark brown/ hitam. Benda tuu normal laah. Takpe lah lofa. Allah buka rezeki lebih for u dgn rezeki innai u dan Allah berikan u rezeki pahala dari tuduhan dan kecaman orang dekat you. I envy you lofa. Allah bukan hanya beri u rezeki d dunia dgn wang ringgit tapi dgn pahala dari orang2 d dunia utk you. Masyallah..