Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan dakwaan mengenai isu pembelian gelaran Datuk palsu termasuk suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Difahamkan, ia berikutan ada individu membuat semakan dan mendakwa nama suami Heliza tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi. 


BACA: Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

Terbaru, hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang individu dinkenali Aliff Ahmad yang mengatakan biarlah gelaran yang ‘dibeli’ itu diiktiraf dan bukanlah gelaran ‘scam’ dimana nama mereka tiada dalam senarai rasmi.

“Aku sebenarnya tak kisah pun pasal Dato-Dato ini. Kawan pun ramai Dato. Ada yang beli, ada yang free, Tapi, semua ada dalam Istiadat.Beli ke free, ada dalam Istiadat kira steady-lah!


“Macam aku pernah cerita dulu, aku lagi respect orang yang beli. Kalau beli, bukti dia ada duit. Dapat free, takda duit punya Dato. Itu stand aku, Sebab tu aku tak ada Dato. Aku tak mampu beli,” tulisnya.

Menurut individu itu lagi, dia membuat semakan ke atas gelaran “Datuk” yang disandang oleh suami dua pelakon cantik iaitu Eina Azman dan Fouziah Gous selepas diminta oleh rakan-rakan.

Bagaimanapun, hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Gous) tiada.

“Aku tak tahulah sama ada mereka yang kena scam (tipu) dengan scammer jual gelaran Datuk atau kita yang ditipu. Bagaimanapun, aku dah semak dan tiada. Kalau korang semak ada, beritahulah aku,”tulisnya.