Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice mengenai misi bantuan ke Gaza.
Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang meminta agar isu tersebut diselesaikan dengan baik.
BACA: PU Syed Minta Netizen Henti Selongkar Pasal Da’i Syed
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed turut menegur netizen supaya tidak menjadi hakim serta taksub kepada sesiapa sahaja di antara mereka.
“Isu Ustaz Ebit Lew, Nadir, Ustaz Salman, Caprise, Bro Firdaus Wong. Kita serah pada mereka untuk selesaikan, netizen tak boleh jadi hakim dan jangan taasub kepada siapa sahaja,” katanya.
Kata PU Syed lagi, dia tiada niat untuk mengulas mengenai isu tersebut kerana bimbang menambah parah lagi dengan apa yang berlaku.
“Ambe taknak ulas kerana ianya bukan menyelesaikan isu, tapi boleh menambah parah umat ini dengan isu-isu seperti ini, dan ditambah lagi.
“Netizen akan tetap mahu menjadi hakim dek kerana emosi dan merasa pihak yang dia suka itu betul..dan yang tak mereka sukai itu salah,” katanya.