fbpx

Isu Ditampar, Aiman Tino Nafi Lapor Polis

Baru-baru ini tindakan pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud menampar Aiman Tino dikecam hebat peminat beliau, hingga ada berita mengatakan pihak pengurusan Aiman akan mengambil tindakan undang-undang.

BACA: Sukar Hayati Watak, Aiman Tino ‘Makan’ Penampar

“Saya menafikan perkara itu kerana apa saja tindakan yang mahu dibuat syarikat pengurusan membabitkan kerjaya, saya harus dimaklumkan terlebih dulu. Sehingga kini, saya tidak dapat makluman mengenai rasa tidak puas hati syarikat pengurusan mahupun membuat laporan polis”

“Maknanya dakwaan itu tidak betul. Saya dan Fazlina bekerja dalam suasana harmoni. Sebagai orang baru dalam dunia lakonan, banyak saya belajar daripadanya sepanjang penggambaran Mak Cun dijalankan”

“Untuk pengetahuan semua, sebelum penggambaran babak dilempang dilakukan, saya terlebih dulu sudah memohon maaf dan sekali lagi selepas ia babak itu dilakukan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam masa yang sama Aiman terkilan kejadian Fazlina menamparnya di set pengambaran dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Jelasnya sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan, beliau tidak kisah diperlakukan sebegitu.

Terdahulu, Aiman yang kini terlibat dalam drama bersiri Mak Cun meluahkan kesukaran untuk beliau menjiwai watak marah dan sedih dalam satu masa. Sejurus itu, Fazlina ketika bersembang dengan Aiman tiba-tiba menampar beliau hingga membuatnya terkejut. (rtky/w)