fbpx

Selamat pagi Malaysia & selamat Hari Wilayah kepada semua penduduk Wilayah Persekutuan.

Jika anda tertanya tanya kenapa kami letakkan gambar Gambit versi superhero dan bukan Gambit yang sebenar, ia’nya untuk suka suka.

Gambit yang pada awalnya di’gembar gemburkan bakal memegang watak utama untuk filem saduran Azura 2011, di’ganti di saat akhir oleh aktor fetish janda, Shah Jazle.

Persoalan kenapa yang timbul terjawab setelah ada pihak mendakwa Gambit meminta RM50,000 untuk melakonkan watak utama tersebut.

Dan, hari ini, mStar Online berjaya mendapatkan jawapan dari mulut Gambit sendiri. Puteri Lily Lokman, isteri kepada Aziz M Osman tidak professional, itu dakwa Gambit.

Tawaran awal dari Puteri Lily adalah RM40,000 untuk Gambit dan nilai itu menurun selepas beberapa kali perbincangan dengan pengurus Gambit, Nor.

Nilai terakhir yang di’terima Gambit adalah RM30,000 dan harga itu menurut Gambit adalah sulit dan tidak boleh di’ketahui oleh orang lain — pelakon filem yang sama terutamanya.

Bakal heroin Azura 2011, Neelofa di’katakan memujuk Gambit untuk menerima tawaran Puteri Lily tersebut sedangkan perbincangan sebut harga masih belum selesai.

“Saya tahu Aziz merupakan seorang pengarah filem yang berpengalaman. Tetapi isterinya mungkin terlalu muda untuk menguruskan mengenai tawaran perjanjian harga,” katanya.