“Isteri Tak Tahu Saya Artis, Dia Tak Tengok AF” – Shahir
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Shahir Zawawi selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati, Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada jam 9.30 malam tadi.
Memetik Media Hiburan, Shahir berkata dia dan isteri berkenalan menerusi Instagram pada Mei lalu. Kata Shahir, dia yang memulakan langkah terlebih dahulu untuk mendekati isterinya.
“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu.
“Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down,” katanya.
Menurut Shahir, dia dan isteri mengambil masa dua minggu sebelum menemui keserasian antara satu sama lain dan mengambil keputusan untuk ke fasa seterusnya.
“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online.
“Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian, Shahir mendedahkan isterinya yang juga pemilik sebuah butik tidak mengetahui Shahir merupakan juara musim kelapan program realiti Akademi Fantasia (AF8).
“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.
“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.
“Isteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF,” katanya.
Dalam pada itu, Jaskin berkata dia mengalirkan air mata kerana tidak sangka akan bertemu jodoh. Ujarnya lagi, dia mengakui tidak tahu suaminya seorang artis.
“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini.
“Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis.
“Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia, betulkah awak ini artis? Sebab saya memang tidak menonton program AF.
“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan tidak menghalang Shahir berduet dengan artis wanita,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Bang kau kawen belum pun sampai 5 tahun.. tunggu 5 tahun eh.. baru boleh tau pasangan ko luar dalam macam mana
Tgh kentut berak wangi
Alah retis sendu cmni level2 org nyanyi function, busking tepi kaki lima lg glamour tau!
“Tak tahu Artis…”
habis tu masa berkenalan kau cakap kau kerja apa..?!?
Yg pompuan pulak tak tau Laki kerja apa… boleh setuju kawin…
FITRAHnya suami meNAFKAHI isteri. Tapi yelahhh….
Aku pun xpernah tgk AF. Tapi tahulah juga Shahir ni sbb dia juara (kwn2 cerita masa tu) pastu sbb gosip dia dgn Erra Fazira dulu. Ke bini dia x kenal Erra juga? Oh pastu, kara kenal kat IG. Takkan tak tahu?
Tak percaya yg nie..tak kan tak tao..smue hujung jari skg
Take note astro..weak marketing nie
Ramai jek org x amik tau dunia artis ni, sbb life mrk keje, famili, kemudian bila cuti lyn hobi mrk atau pegi mkn angin. Tngk tv pun tngk2 cmtu je x amik serious pun sapa nama artis tu sapa ke so on. Aku ramai je knl org cmtu..
Kalo bini tu dok dlm gua dan x main instagram mungkin boleh terima la kisah senitron ko… Masa brkenalan kat ig ko kata ko kerja grab atau busker kat food truck ke apa? Makcik curious nak tahu
Mcm anak2 aku ni diorg taksub dgn retis kpop xde nyer dia knl retis2 sendu malaya ni. Yg betul2 popular dan lejen knl laa. Lg pun setahun brp ramai retis2 baru kluo dari program realiti TV ni jd xde org nk hafal nama seko2 retis ni!
Betul lah tu sahir. Bini ko tak tahu ko retis sbb dia tak tengok AF. Bini ko ada bgtahu aku dia ingat ko food delivery rider.
Kaya siot pompuan ni. Cuba cari kat IG. Patutttt ah mamat ni nakk hahahahaha
Kenal kat IG. tak kan la minah tu tak scroll sampai habis? HAHAHAHA.. nipu bebenor la bini nya pon. Lagi satu. ko byk gossip. Dr che ta ke Erra Fazira. nipu bebenorrrrrr