fbpx

Isteri Tak Senang Aliff Syukri Dapat Pembantu Wanita Baru

Sudah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai Datuk Seri Aliff Syukri. Baru-baru ini, memuat niak video dimana beliau kini mempunyai seorang pembantu peribadi baru yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nur’.

Menerusi perkongsian itu, Aliff turut mengharapkan agar wanita itu dapat lama bekerja lama dengannya dan boleh menjaga keluarganya dengan baik.

BACA: Isteri Aliff Syukri Syukur Suaminya Bukan PU, Da’i

Wanita berkulit cerah itu berpakaian kasual dengan seluar jean ketat, kemeja dengan jaket semasa diperkenalkan kepada Aliff, isteri serta para pekerja di rumahnya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen Aliff yang mengatakan isterinya seperti tidak senang dengan pembantu peribadinya itu.

https://www.instagram.com/tv/B6GQ74kJ5Fj/?utm_source=ig_embed

Menerusi video tersebut ketika bersalaman dengan pembantu peribadi suaminya, wajah Datin Nur Shahida kelihatan seperti tidak gembira dan acuh tidak acuh untuk bersalam sebelum segera beredar.

Namun dalam video penuh di laman YouTube TV Terlajak Laris, Aliff menegur cara dan tingkah laku Nur sewaktu berinteraksi dengan isterinya.

Malah, seorang pembantu rumah Aliff turut menegur cara pemakaian pembantu peribadi tersebut yang dilihat agak seksi. Pembantu peribadi Aliff itu juga turut dinasihatkan agar perlu mengambil hati Nur Shahidah, tidak dibenar memakai seksi dan tahan maki.

Selalunya pembantu peribadi Aliff Syukri lelaki, tiba-tiba ada perempuan mungkin itu yang tak biasa lagi. Apa pun diharap semuanya baik-baik belaka.