“Isteri Tak Perlu Masak, Kalau Dia Buat Itu Ihsan” 

Pempengaruh media sosial, Qawiy berkata urusan kerja dalam rumah tangga tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan antara suami isteri.

Menerusi podcast Sembang Seram, Qawiy berkata setiap tanggungjawab yang dilakukan dalam rumah tangga adalah berdasarkan ihsan dan bukan tuntutan hak.

BACA: Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual

@sembangseram

Terima kasih para isteri2 semua! Anda mmg hebat #Sembangseram #qawiy #Qawiyaro #Safwannazripod #Safwannazri #Safwannazripodcast #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu

? original sound – sembangseram – sembangseram

“Perkara ini tidak patut jadi perbalahan. Dah kata duduk sebumbung, tiada istilah suami atau isteri yang buat kerja rumah,” katanya. 

Sementara itu, Qawiy berkata dalam rumah tangga kedua-duanya perlu saling bertolak ansur. Qawiy turut berkata isteri tidak perlu memasak kerana yang sepatutnya sediakan makanan adalah tugas suami.

“Sebenarnya perkahwinan ini bukan atas hak. Kita tak boleh minta hak kita. Semuanya atas ihsan. Sepatutnya isteri tak perlu masak, tapi kalau dia buat, itu ihsan. Yang sepatutnya sediakan makanan adalah suami. Kalau semua nak tuntut, baik tak payah kahwin,” katanya.

×