fbpx

Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual

Pempengaruh media sosial, Qawiy Aro yang terkenal dengan kandungan Tebuk Ngaji menafikan penglibatannya dalam jenayah gangguan seksual seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Qawiy berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan fitnah. Ujarnya, kenyataan dibuatnya itu adalah bagi mengelakkan salah faham.

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di sosial media tentang Qawiy.

“Ya, sepatutnya Qawiy tak perlu balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah,” katanya.

Sebelum ini, tular di platform X satu laporan polis dibuat oleh individu yang mendakwa pempengaruh itu memintanya untuk melakukan perkara tidak senonoh semasa berhubung menerusi panggilan video.