fbpx

Isteri Shuk Sahar Kongsi Video Dipujuk Rayu, Baru Je Nak Mula Hidup Baru

Baru-baru ini, perkongsian video oleh isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Rossa mendedahkan mesej dan panggilan telefon tidak berjawab dipercayai daripada pelawak itu.

BACA: Keluar Dari Pejabat Agama, Netizen Tanya Isteri Shuk Siapa Lelaki Dalam Kereta?

Diruangan komen, rata-rata netizen menasihati Seera agar tidak termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baru.

@rossa.sera

Hargai para isteri sebelum terlambat? #fyp #foryoupage #sabar

? PENANTIAN ARMADA – Sadvibes?

Turut disertakan kapsyen dimana Serra seakan menggambarkan kehidupan yang baru dibina itu diganggu oleh seseorang yang menyedari kehilangannya.

Bagaimanapun, memetik mStar Online, Serra berkata perkongsian itu hanyalah pesanan buat para wanita di luar sana supaya terus kuat berdepan dugaan.

“Sebenarnya itu sekadar video nasihat untuk para isteri dan wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yang kita perlu teruskan hidup walau apa yang berlaku.

“Kita perlu buka buku baru untuk mulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.