fbpx

“Isteri Saya Macam Kena Buatan Orang”

Selain mafikan beliau sudah menceraikan isterinya, Tauke Jambu turut mendakwa yang ada unsur sabotaj dalam isu rumah tangga beliau namun tidak mahu menuduh sesiapa.

“Ada orang menggunakan isteri saya untuk membuatkan saya hilang fokus dan tertekan. Saya perhatikan isteri akan meroyan teruk setiap kali saya menyertai pertandingan besar”

“Ini berlaku sejak zaman Jambu dan kami belum berkahwin lagi. Saya tengok Nadia seperti kena sampuk apabila saya terbabit dengan pertandingan. Dia suka buat hati saya panas dan mencetuskan pergaduhan,” kata Tauke Jambu.

BACA: Tauke Jambu Nafi Cerai, Dakwa Isteri Tak Matang

“Kami pernah bergaduh hingga pecah telefon bimbit sebelum saya naik pentas. Macam mana saya mahu memberi tumpuan dan membuat orang ketawa dengan lawak jenaka apabila baru bergaduh? Selepas selesai pertandingan, hubungan kami elok, tidak pula bergaduh,” tambahnya lagi.

Tauke Jambu turut menjelaskan yang beliau tahu itu bukan sikap sebenar isterinya dan tidak menolak ada unsur hasad dengki orang ketiga yang melihat kejayaan beliau.

“Saya bukanlah nak percaya benda mistik tetapi itulah yang berlalu sejak belum berkahwin lagi. Ada juga yang menjadi batu api dan menghasut isteri”

“Kali ini, hubungan saya dan Nadia panas sejak minggu pertama dalam MLM2018. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi saya percaya ini kerja manusia yang sakit hati melihat kejayaan orang lain,” jelas Tauke Jambu.

Tauke Jambu dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober tahun lalu. (rtky/m)