“Isteri Saya Kuat, Saya Yakin Sarah Akan Balik Rumah”
Selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masih belum sedarkan diri.
Terus berdoa untuk kesejahteraan isterinya, Shuib berharap isterinya yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih. Kata Shuib lagi, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini.
BACA: Bayi Selamat Dilahirkan, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri
“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni, anak-anak semua mendoakan dia.
“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ini,” katanya.
Shuib berkata sepanjang mengeni isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya yang mengubah dirinya.
Sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah malam tadi, Shuib turut memohon kepada semua oran untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti hati mana-mana pihak.
“10 tahun kenal Sarah, dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan. Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya agar dipermudahkan perjalanannya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Semoga doa2 untuk dia di angkat oleh Allah..
Mudah2an Sarah kuat… Dapat balik kat keluarga dia… Aku plak risau lebih…
Doa yg baik dari seorang suami. Harap Shuib tabah hadapi ujian ini. Semoga isteri Shuib, Siti Sarah diberi kesembuhan yg baik. Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah … amin…
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga Sarah & baby cepat sembuh…Aamiin. Kesian…semua harus tau covid ni benar2 boleh mengancam nyawa bukan main2…mcm2 berita sedih dibaca…
Yg kerap kecam dan gelar sarah mcm2 tu, sila insof. Doa byk2 semoga sarah sedar dan sembuh untuk maafkan kalian. jgn suka sgt mengata org. Kita semua makhlok Allah.
Suara sarah sedap sgt terutama dgr lagu KESETIAAN dan SEMAKIN. Saya doa sarah sembuh dan kembali ke rumah.
allahuakbar.. mga sarah kuat.. insyallah … kite doakn yg baik ye netizen… saya pun peminat dia.. dlm keadaan mcm ni kita doakn baik2.. esok lusa kite xtau ape akan jadi pada kite dan kluarga kite.. saya pun bukan baik sgt nk mnghukum org… covid is real.. mga sarah kuat dan kuat….
minta lana nordin an rita rudhaini beri pendapat apa harus dibuat. supaya retis2 tidak menyumbang angka covid dan meningkatkan lagi belanja kesihatan serta penat frontliner jaga orgsakit covid ini.
maklumlah dia kan ganti DG Hisyam.
semoga sarah dan semua pesakit si icu sembuh dan kembali jumpa keluarga
Semoga Sarah cepat sembuh. Aamin…
Baby baru lahir. Perlukan susu ibu, kasih syg & perhatian ibu.