Penyanyi Hafiz Suip mengesahkan dia menolak tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Fantasia yang baru saja bermula semalam.
Memetik mStar Online, Hafiz berkongsikan isterinya kini sedang sarat hamil tujuh bulan dan bimbang tidak dapat memberikan komitmen penuh jika menyertainya.
BACA: Hafiz Suip Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati, Fiona
“Salah satu sebab utamanya saya tidak berani untuk memberikan komitmen spearuh jalan. Sekarang ini isteri sedang sarat hamil.
“Saya pula jenis yang kalau bekerja memang akan sentiasa memberikan 100 peratus komitmen. Jadi saya bimbang situasi sekarang ini akan mengganggu fokus saya sekiranya bertanding,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkongsikan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki dan berharap agar proses kelahiran dipermudahkan.
Dalam pada itu, Hafiz berkata faktor tempat tinggalnya di Kuching, Sarawak menjadi kekangan dia menolak tawaran menyertai program realiti berkenaan.
“Alhamdulillah saya memang ada dapat tawaran tapi saya terpaksa minta maaf. Bukanlah berniat menolak rezeki, malah kawan-kawan penyanyi pun ada bertanya kenapa saya tak sertai.
“Masalah timbul dari segi sesi latihan. Peserta lain jalani latihan di Kuala Lumpur, saya berada di Kuching. Perkara itu akhirnya menjadi kekangan buat saya.
“Satu lagi sebab adalah bapa saya. Dia sihat cuma tinggal seorang diri. Saya pernah bawa berpindah ke Kuala Lumpur, tapi dia lebih selesa tinggal di Sarawak sebab banyak memori disana,” katanya.
Sumber: mStar Online