fbpx

Isteri Ryan Bakery Hamil 5 Bulan, Dah Ada Nama Anak

Dinobat Popular Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia malam tadi, personaliti media sosial, Ryan Bakery turut berkongsikan khabar gembira isterinya, Elyia Ibrahim kini hamil bulan.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Ryan turut meminta peminat mendoakan agar kandungan isterinya dalam keadaan selamat. Ryan berkata dia sudah mempunyai nama anak meskipun belum tahu jantina bayi mereka.

BACA: Ryan Bakery Dinobat Content Creator Tergempak, Kalahkan Khairul Aming

“Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang akan lahir nanti. Isteri saya kini sedang hamil lima bulan.

“Tak sangka dan tanpa sedar saya dah nak jadi ayah. Mohon doa semua untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan. Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra,” katanya.

Dalam pada itu, Ryan berkongsikan isterinya turut mengalami alahan teruk di awal kehamilan serta mengidam minum teh hijau.

“Teruk juga dia muntah-muntah pada awal kehamilan. Malah dia ada juga mengidam nak minum teh hijau. Bayangkan macam mana saya nak cari minuman itu sebab saya tinggal di kawasan kampung. Tetapi demi isteri saya turutkan juga permintaan itu,” katanya.

Tambah Ryan lagi, dia juga tidak sabar untuk membuat konten menampilkan anak mereka kelak. Kata Ryan lagi, dia juga perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan keluarga yang semakin bertambah.

“Sekarang ini semua kerja saya buat. Tetapi disebabkan saya tinggal di Temerloh, Pahang, ia agak terbatas kerana banyak tawaran di Kuala Lumpur.

“Pernah juga cuba tinggal di KL, tetapi susah nak dapat idea di sini. Saya lebih tenang dan selesa tinggal di kampung,” katanya.