Pasti ramai tahu isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iatu Datin Seri Shahida baru saja berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menerusi Instagram, Shahida meluahkan rasa syukur dan gemira diberikan kesempatan kali kedua untuk mengerjakan ibadah tersebut walaupun tidak ditemani suami.
BACA: Beli Beg Tangan RM200k Untuk Isteri, Netizen Sekolahkan Aliff Syukri
“Alhamdulillah tahun ini rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah. Tidak keseorangan, bersama anak saya yang masih di dalam rahim, akan temankan saya sepanjang berada di sana,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B005TeCn2HO/?utm_source=ig_embed
Sementara itu, Aliff juga turut memuat naik foto bersama isterinya berserta kapsyen mendoakan semoga urusan isterinya menunaikan ibadah tersebut dipermudahkan.
Difahamkan, Aliff kini sibuk dengan pembikinan lagu terbarunya bersama Lucinta Luna di Indonesia namun masih sempat menghantar isterinya ke lapangan terbang.
Bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan mengapa Aliff tidak menemani isterinya menunaikan haji sedangkan berkemampuan. Malah ada yang mempertikaikan tindakan Aliff yang lebih sibuk menyiapkan lagu baru tersebut sehingga tiada masa untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Namun, ada yang mempertahankan usahawan tersebut dengan mengatakan itulah yang dinamakan tetamu Allah dan tidak semua orang boleh menjadi tetamu-Nya.
Malah ada yang beranggapan, Aliff masih mempunyai tanggungjawab lain membuatkan beliau tidak dapat menemani isterinya. Apa pun kami mendoakan semoga Datin Shahida memperoleh ibadah haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.