fbpx

Isteri Pendek, Suami Tinggi Perkahwinan Lebih Bahagia

Sebuah kajian mendedahkan, suami tinggi dan isteri pendek memiliki hubungan perkahwinan lebih bahagia.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2015 oleh penyelidik dari Korea, Dr. Kitae Sohn ke atas 8,000 pasangan itu menjelaskan, ketinggian suami isteri berkait rapat dengan kebahagian rumah tangga.

Namun, ia hanya menjadi faktor untuk 18 tahun pertama perkahwinan. Selepas itu, saiz tidak lagi penting.

Sebelum ini, kajian pada tahun 2010 juga memberitahu, wanita yang berkahwin dengan lelaki tinggi lebih bahagia.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang lebih tinggi cenderung mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi.

Di samping itu, majikan menganggap lelaki lebih tinggi lebih dipercayai dan mahir. Disebabkan itu, lelaki tinggi mungkin memperoleh lebih banyak wang, dan pasangan mereka lebih puas.

Sumber: Goodfullness